Personal weblog


Pertandingan Chopin Piano Kebangsaan kali ke-3

PERTANDINGAN CHOPIN PIANO KEBANGSAAN 2008

Oleh: Nai Boon Mee Sararaks / S.Tuahada.

Persatuan Chopin Malaysia menganjurkan satu Pertandingan Chopin Piano Kebangsaan selama seminggu bermula pada 17 November 2008n hingga 22 November 2008 bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Pertandingan ini akan diakhiri dengan satu malam konsert gala yang akan bertempat di Best Western Premiern Seri Pacific hotel Kuala Lumpur pada malam sabtu 22 November 2008.
Tujuan utama pertandingan ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan bakat-bakat pemain piano untuk membuktikan kebolehan mereka di atas pentas persembahan dan seterusnya melahirkan pemain piano profesional di peringkat antarabangsa. Tahun ini adalah kali yang ke tiga pertandingan diadakan. Y.A.M. Raja Dato’ Seri Eleena Sultan Azlan Shah merupakan penaung atau patron kepada pertandingan ini. dalam pada itu, seni muzik tanah air juga akan maju dengan wujudnya pertandingan ini. Pertandingan ini mewakili negara-negara ASEAN yang datang dari Uzbekistan, Kazakhstan, Japan, China, U.S.A dan seramai 135 pemain piano akan mewakili 11 negara dan Malaysia sendiri mempunyai 58 peserta pemain.
Presiden Persatuan Chopin Malaysia, Y.M Tunku Munirah Tunku Mustapha berkata, pertandingan ini memberi peluang kepada para pemain negara untuk mempelajari teknik-teknik daripada mentor yang berlainan negara. Di samping itu, menghiburkan seni muzik di dalam dan luar negara.

Dalam pertandingan ini, seramai 7 penilai piano profesional dari Malaysia, poland, Indonesia, Japan, Korea, Thailand dan Vietnam akan menilai pemain-pemain dalam pertandingan.

Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali di mana pada tahun 2006, Kelly Chung dari Malaysia menjuarai pingat emas dan anugerah perak dalam dua kategori yang berbeza.

Pada tahun ini, pemain finalist yang menjuarai pertandingan akan mengadakan persembahan besar di malam konsert gala. Kepada peminat muzik di luar sana, anda boleh meluangkan amsa anda dengan menyaksikan pertandingan ini di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Kemasukan adalah PERCUMA. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, bolehlah menghubungi Ms. Felicia Chen di talian 012-665 7863 atupun emel kepada chopinmalaysia@yahoo.com

Manakala kehadiran dan kemasukan pada malam konsert gala adalah khas untuk tetamu jemputan sahaja.

Sebarang maklumat tentang sejarah Persatuan Chopin Malaysia, layari laman