Tapestry Huminodun Puteri Nabahu ASWARA
Fakulti tari Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA begitu mantap dengan kesungguhan telah mempersembahkan ‘Huminodun-Puteri Nabahu’ yang memberi tumpuan kepada lagenda dari negeri Sabah dengan tarian-tarian yang terdapat di negeri tersebut. Dengan bakat yang cukup persediaan dari empat fakulti iaitu menggabungkan video, muzik ‘live’ dan yang dirakamkan, pelakon yang menyanyi lagu yang dicipta khas serta lagu rakyat sedia ada, dan set persembahan yang menarik. Persembahan ini telah berlangsung selama lima hari berturut-turut di mana hari kelima, pensyarah fakulti tari Sir Joseph Gonzales turut turun menari dalam persembahan. Fakulti tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan sungguh mantap dengan kebolehan dan kesabaran mereka selama lima hari berturut-turut. Mereka bukan sahaja meluangkan masa untuk persembahan Huminodun malahan, sepanjang minggu mengadakan persembahan rumah terbuka ASWARA, dan setelah itu juga membuat persembahan di KL sentral sempena rumah terbuka Deepavali tahun 2008.
Dalam jalan cerita ‘Huminodun’ yang menjadikan puteri Huminodun sebagai mangsa korban demi mendapatkan kembali keindahan alam. Setiap pengorbanan dalam kehidupan akan melahirkan satu kewujudan yang baharu untuk yang akan datang.
