Pertandingan Chopin Piano Kebangsaan kali ke-3
PERTANDINGAN CHOPIN PIANO KEBANGSAAN 2008
Oleh: Nai Boon Mee Sararaks / S.Tuahada.
Persatuan Chopin Malaysia menganjurkan satu Pertandingan Chopin Piano Kebangsaan selama seminggu bermula pada 17 November 2008n hingga 22 November 2008 bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Pertandingan ini akan diakhiri dengan satu malam konsert gala yang akan bertempat di Best Western Premiern Seri Pacific hotel Kuala Lumpur pada malam sabtu 22 November 2008.Dalam pertandingan ini, seramai 7 penilai piano profesional dari Malaysia, poland, Indonesia, Japan, Korea, Thailand dan Vietnam akan menilai pemain-pemain dalam pertandingan.
Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali di mana pada tahun 2006, Kelly Chung dari Malaysia menjuarai pingat emas dan anugerah perak dalam dua kategori yang berbeza.
Pada tahun ini, pemain finalist yang menjuarai pertandingan akan mengadakan persembahan besar di malam konsert gala. Kepada peminat muzik di luar sana, anda boleh meluangkan amsa anda dengan menyaksikan pertandingan ini di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Kemasukan adalah PERCUMA. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, bolehlah menghubungi Ms. Felicia Chen di talian 012-665 7863 atupun emel kepada chopinmalaysia@yahoo.com
Manakala kehadiran dan kemasukan pada malam konsert gala adalah khas untuk tetamu jemputan sahaja.
Sebarang maklumat tentang sejarah Persatuan Chopin Malaysia, layari laman