FILEM HISTERIA BAKAL DITAYANGKAN DI PAWAGAM
James lee seorang pengarah “indie” yang lebih dikenali selepas filemnya “Before We Fall In Love Again” dan “The Beautiful Washing Machine” menerima anugerah di Bangkok International Film Festival tahun 2008 dan 2006
Filem seram Hollywood berkonsepkan B-Grade Horror satu ketika dahulu yang cukup diminati sekitar tahun 1980an diangkat semula sebagai panduan dalam menghasilkan filem “Mainstreams” pertama arahannya yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd kali ini.
Filem Seram & Ganas Histeria ini telah diadun mengikut acuan dan unsur mistik melayu “Hantu Raya”. Hantu Raya dikatakan sebagai ketua segala hantu dan yang paling menggerunkan.
HISTERIA mengisahkan enam orang pelajar Murni (Liyana Jasmay) Alissa (Scha), Tini (Talya), Marina (Ainul Aishah), Junita (Yuhana) dan Kerek (Norish) ‘The Pink Ladies’ di sebuah sekolah terpencil. Tini berpura-pura disampuk makhluk halus, hingga terpaksa dipanggil bomoh (M. Rajoli) untuk memulihkan mereka namun mendatangkan kemarahan bomoh itu apabila mengetahui ianya sekadar permainan oleh mereka. Tindakan itu menyebabkan mereka di denda tinggal di blok lama sekolah selama seminggu.
Kehadiran Zeta (Reana) untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan tersebut juga menjadi tandatanya.
Pelbagai kejadian misteri dan menakutkan dialami oleh mereka bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya yang ditanam oleh tukang kebun (Kazar). Kehilangan Junita menjadi permulaan cerita. Keadaan tambah bercelaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh secara kejam di kawasan sekolah tersebut.
Murni yang terselamat dari kejadian tersebut dan dituduh oleh pihak polis sebagai
pembunuh menceritakan siapa sebenar yang membunuh kawan-kawannya. Apakah yang sebenarnya berlaku? Siapakah yang membunuh mereka? Nantikan tayangan filem ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.
Mungkin anda adalah sasaran berikutnya……