FILEM ANTOOFIGHTER BAKAL DITAYANGKAN DI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA
PETALING JAYA: Bukan cubaan, bukan omong kosong. Tapi, ini betul-betul! Amukan Drakulat benar berlaku, dan kini terserah kepada Antoo Fighter untuk menyelamatkan dunia.
Antoo Fighter?
November ini segala persoalan akan terjawab. Segala misteri akan terlerai. Semua ketakutan serta kemusnahan yang digambar di depan mata terasa begitu nyata sehingga anda tidak berfikir dua kali untuk meneriak nama – Antoo Fighter!
Lima budak yang macam ‘poyo’ pada zahirnya, di bahu mereka keamanan dunia diharap dapat dikembalikan.
Balik kepada realiti…
Dua tahun dipupuk, cetusan idea bagi melahirkan Antoo Fighter, sebuah filem komedi seram akhirnya disempurnakan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd dengan usahasama Imagebox Sdn Bhd.
Bara menantikan kemunculan Antoo Fighter dirasai apabila trailernya mula menguasai YouTube dan menjadi debat di muka pengenalan serta forum penggemar seni layar tempatan.
Antoo Fighter, filem yang dikatakan berinspirasi filem terkenal Hollywood, Ghostbusters tetapi dalam nada “bukan nak cakap besar”, arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan ini dikhabarkan menampilkan jalan cerita yang lebih menarik, lebih bercitra Malaysia. Dan, me’Malaysia’kan sebuah filem yang lebih dulu menjadi sajian popular dunia bukan mudah.
Bajet RM2.5 juta termasuk promosi diperuntukkan bagi filem sebegini yang diketahui dibina atas imaginasi tinggi, dengan penerapan teknik CGInya bagi merealisasikan jalan cerita yang berkisar khayalan dunia jembalang menimbulkan persoalan: sejauh mana Antoo Fighter dapat meyakinkan audiensnya?

Jika filem luar menjadi ukuran, menurut Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah, memang mustahil untuk menghasilkan sebuah filem yang hampir 70 peratus memerlukan teknik CGI.
“Idea untuk menghasilkan sebuah filem yang jalan ceritanya bergantu
ng kepada CGI, pada bajet produksi sekitar RM2 juta, memang kedengaran mustahil. Saat industri perfileman dunia menyiapkan bajet beratus juta dolar bagi menghidangkan filem menggunakan CGI sehebat Lord of The Rings atau Harry Potter misalnya, mungkin ada yang memperlekehkan apalah sangat yang b
oleh diberikan Antoo Fighter,” kata Ahmad Puad.
Dalam ucapan di majlis pra-tonton Antoo Fighter: Amukan Drakulat semalam, beliau berkata:
“Begitu pun, pada bajet yang dianggap kecil ini, ia tidak menjadi kekangan bagi anak seni tempatan melahirkan karya yang membanggakan. Penggunaan teknik CGInya bukan saja baik, malah diimbangi jalan cerita menarik yang begitu terasa Malaysianya dan lakonan mantap, gan
dingan muka lama dan baru.
“Dan, anda akan ikut berasa bangga kerana Antoo Fighter dihasilkan sepenuhnya oleh anak muda Malaysia. Antoo Fighter, bagi saya adalah sebuah filem yang menarik dan menghi
burkan, dengan kelainan yang akan menjadikannya salah sebuah filem popular 2008.”
Majlis pra-tonton filem terbitan Primeworks Studio dan Imagebox itu d
ihadiri lebih 400 tetamu, termasuk wakil media massa dan penggiat seni tanahair.
Antoo Fighter berinsipirasikan kecenderungan audiens pada filem berunsur seram dan komedi, lalu berteraskan pada cerita “baik vs jahat” yang digabung dalam sebuah pen
gkisahan penuh imaginasi.
Diolah atas cetusan idea Azizi ‘Chunk’ Adnan sepenuhnya, Antoo Fighter mewujudkan watak gelap seperti “Drakulat Van Listerooy” lakonan Awie, atau yang dekat dengan karektor filem Melayu hitam putih seperti “Hantu Gigi” lakonan Amran Tompel.
Ia mengisahkan bagaimana lima anak muda, diketuai Poh Jee lakonan Radhi, vokalis OAG menjadi manusia terpilih bagi menyelamatkan dunia daripada dikawal kuasa jahat yang cuba dihidupkan Drakulat yang memimpin sekumpulan ‘makhluk dan hantu-hantu.’
Geng lima anak muda yang low profile dan beroperasi secara ‘underground’ ini bertanggungjawab untuk menyekat kemaraan Drakulat yang ingin membebaskan Lord Sharon, iaitu anak syaitan bagi menguasai dunia dan membebaskan kegelapan ke segenap alam maya.
Ahmad Puad berkata, selain penggunaan teknik CGI, rekaan kostum selain solekan khas terutama dalam penampilan watak-watak hantu menjadi kelebihan buat filem ini.
Ia juga menampilkan skor muzik dan latar bunyi yang menarik, selain kemun
culan khas bintang seperti Datuk Jalaludin Hasan,Usop Kopratasa,Harun Salim Bachik, Hamid Gurkha, Ruminah Sidek dan Osman Kering.
Pelbagai promosi, termasuk siri jelajah pelakon akan diadakan selain barangan cederahati.
Sila layari http://www.antoofighter.com/ untuk teaser serta info mengenai Antoo Fighter.
Jadi, cukup beranikah anda untuk ke dunia Antoo Fighter?
Nantikan ‘amukan sakan’ Antoo Fighter di pawagam 27 November ini.
Drakulat dan hantu-hantunya (Bajang (Iblis), Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah men gembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara KL dan dijadikan markas operasi mereka. Disitu mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibu Negara sehingga menyebabkan Negara di tahap bahaya.
Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan “Lord Sharon” iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai duni a dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu , Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , dimana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi.
Dalam pada itu, Kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din ( salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an). Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.
Adakah Drakulat dapat ditewaskan dan dunia dapat diselamatkan oleh Antoofighters.? Saksikan….Perjuangan Antoofighters yang masih belum selesai…