F.I.R Konsert ditunda tarikh dan tempat
KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2008 – Konsert F.I.R yang seharusnya berlangsung pada 6 September 2008 di Stadium Putra telah ditundakan tarikh ke 29 November 2008. Pengumuman ini telah diumumkan oleh Star Planet. Menurut kenyataan yang diberikan oleh pihak Star Planet, tarikh di tunda disebabkan memberi penghormatan dan keutamaan kepada perayaan bulan kemedekaan ke -51.
Sementara waktu, segala pengiklanan dan aktiviti dijalankan setelah bulan kemerdekaan. Di samping itu, pihak pengurusan juga memberitahu bahawa pemegang tiket yang sepatutnya pada 6 September 2008 masih boleh digunakan pada tarikh baru yang akan bertempat di Genting Hinglands.
Harga tiket masih kekal dengan harga RM303, RM223,RM123 dan RM83.
Persembahan konsert F.I.R diadakan secara live di Malaysia nanti bertemakan ‘The Tenth Planet’ yang memberi kepuasan kelengkapan audio-visual disertakan layar LED. Seramai 80 krew akan bertugas untuk menjayakan konsert nanti. Sebelum ini persembahan F.I.R telah dilangsungkan di Taipei, Singapura dalam bulan Ogos 2008. Dalam persembahan nanti, kumpulan muzik dari Taiwan juga menjanjikan dengan lagu Melayu yang digubah khas untuk peminat F.I.R.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Star Planet secara hotline di talian 03-9283 3667 atau layari laman www.starplanet.com.my